Musik Kuda Kepang Malaysia

1007

Kuda kepang adalah sejenis tarian tradisi yang dimainkan. “ Penari pula mengatur gerakan mengikut tempo muzik. Dekat malaysia ader x classkuda kepang ni.

  1. Tarian Kuda Kepang Malaysia
  2. Asal Usul Kuda Kepang
Musik Kuda Kepang Malaysia

Pagi ne saya nak share sedikit ilmu buat semua pembaca, Saya juga percaya bahawa ilmu ne patut dikongsikan untuk menambahkan sedikit knowledge, saya rasa x laa untuk knowledge but kita kena tau laa serba sedikit tentang kesenian yang terdapat di Bumi Malaysia kita ini. Khususnya tentang yang telah wujud sejak nenek moyang kita lagi. Semestinya, kesenian yang adaa amat unik dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Kita mesti la memartabatkannya serta menjaga kesenian ini, Walaupun lama, tetapi warga remaja seperti saya sndiri mesti tahu agar tidak luput ditelan zaman.

Namun, mengetahui & memahami tentang kesenian bukan laa yang terdapat didalam negeri kelahiran kita sahaja tetapi seluruh negeri yang terdapat di Malaysia. Saya yakin anda semua bersetuju dengan pendapat saya di atas, ^^ Oke, sebenarnya saya baru nak mulaa, yang tadi tuh intro sajaa. Tarik nafas dulu, & teruskan membaca. Oke, saya rasa anda semua sudah bersedia, saya dah penat bercaloteh. Saya nak mulakan lah ne, Seperti yang saya perna beritau dgn pembaca semua, saya adalah pelajar tingkatan 6 bagi sistem baharu, iaitu Sistem Modular yang mempunyai 3 Penggal.

Oct 03, 2013 Persembahan Di Bukit Timbalan, Bangunan Sultan Ibrahim,Johor. Kuda Kepang Warisan Seni Sri Johor Felda Pengeli Timur, Kulai,Johor. Apr 04, 2010 [155: G2] Kuda Kepang - Persembahan di Kediaman Encik Ghani, Felda Pemanis Dua - Duration: 6:31. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis 91,219 views.

Alhamdulillah, saya telah memduduki 2 Penggal dalam tahun 2012 dan 2013. Untuk pengetahuan anda semua saya telah menduduki peperiksaan subjek sejarah dalam penggal pertama & mengambil bahagian dalam Kerja Kursus dalam subjek Sejarah. Yang telah ditetapkan oleh Oleh itu, daripada empat tema yang telah ditetapkan oleh pihak MPM, saya telah memilih tema kebudayaan dan Kesenian. Walaupun negeri kelahiran saya di Sabah, tetapi saya berminat untuk menjalankan penyelidikan tentang kesenian dan kebudayaan. Dibawa ini merupakan kertas kerja dan esei ilmiah yang telah saya buat dalam 4 bulan pertama dalam tahun 2013.

Kertas kerja dan esei ilmiah ini boleh dijadikan rujukan kepada pelajar yang bakal menduduki kerja Kursus PBS ini, dari segi, dan lain-lain. Tarian Kuda Kepang sungguh sinonim di kalangan rakyat negeri Johor, tarian ini juga merupakan simbol kedaulatan negeri Johor sejak zaman dahulu lagi. Menurut Naim Marjani, (pengiat seni kuda kepang sinar warisan) permainan kuda kepang mula bertapak di Batu Pahat, Johor sekitar tahun 1940-an Namun, asal usul kuda kepang ini tidak dapat diketahui. Hanya terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan asal-usul tarian ini, iaitu, Pada tahun 1920-an bertepatan dengan sejarahnya yang menyatakan bahawa ia berasal dari Jawa Timur. Ia dibawa masuk oleh masyarakat Jawa yang berhijrah ke negeri Johor dan kekal hingga sekarang tanpa banyak pengubahsuaian. Hasil daripada penghijrahan ini,masyarakat dari jawa telah membawa kesenian mereka masuk ke dalam negeri ini iaitu kuda kepang. Selain itu, Ada yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali.

Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang. Seperti peristiwa peperangan yang dilalui Rasulullah SAW dan para sahabat disampaikan dalam bentuk tarian. Ada pula berpendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo atau Wali Sembilan yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa,Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda.

Penyampaian syariah Islam akan dilakukan sebelum atau selepas persembahan dilakukan. Kajian ini akan meneliti perkembangan yang dialami oleh kesenian Tarian Kuda Kepang di negeri Johor pada tahun 1950 hingga 1955. Walaupun Tarian ini tidak mempunyai banyak perkembangan dari masa ke semasa dari segi pakaian, seni tari, alat muzik, mahupun perkembangan bentuk kuda-kuda yang diperbuat dari anyaman. Namun, persoalannya ialah tarian ini amat popular dan diminati semua peringkat umur dikalangan rakyat negeri Johor, dan tarian ini sering di tari kan dimajlis-majlis keramaian. Oleh itu, penulis akan membincangkan sebab-sebab tarian ini mendapat sambutan yang amat baik. Dalam kajian ini akan tertumpu kepada perkembangan tarian kuda kepang dari tahun 1950 sehingga 1955, walaupun perubahannya tidak begitu ketara, namun perubahan yang wujud memberi impak yang besar dalam tarian ini, kerana tarian kuda kepang ini merupakan peninggalan orang-orang terdahulu yang seharusnya dipelihara agar tidak ditelan zaman kelak. Dalam pada itu, terdapat juga pertubuhan-pertubuhan yang wujud untuk meneruskan kegiatan tarian Kuda Kepang ini.

Selain itu, dalam kajian ini juga akan mengupas sejarah misteri yang terdapat didalam tarian Kuda Kepang, iaitu memuja roh-roh kuda kepang, dan pantang larang yang harus dipatuhi bukan sahaja para penari malahan penonton juga harus mematuhinya bagi menjaga keselamatan diri sendiri. Dalam buku yang bertajuk Tradisi dan Budaya yang ditulis oleh Zakiah Harun pula turut memberi kenyataan bahawa tarian Kuda Kepang ini telah berkembang di negeri Johor dan sering dipersembahkan dimajlis keramaian seperti perkahwinan, berkhatan dan majlis tertentu kerana tarian tersebut merupakan simbolik di negeri Johor. Dalam buku Seni Tari yang ditulis oleh Sharifah S. Juga memberi kenyataan yang sama, dan terdapat badan pertubuhan yang menerapkan tarian ini kepada generasi muda agar tidak pupus ditelan zaman. Tarian Kuda Kepang sungguh sinonim di kalangan rakyat negeri Johor, tarian ini juga merupakan simbol kedaulatan negeri Johor sejak zaman dahulu lagi. Namun, hanya terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan asal-usul tarian tersebut.

Jawa timur merupakan asal sebenar bagi tarian kuda kepang dari tahun 1920-an. Ia dibawa masuk oleh masyarakat Jawa yang berhijrah ke negeri Johor dan kekal hingga sekarang. Menurut Naim Marjani atau dikenali wak naim iaitu pengiat seni Kuda Kepang Sinar Warisan berpendapat “kuda kepang mendapat nama daripada kuda anyaman yang disebut ‘kepang’ dalam bahasa jawa”. Selain itu, Ada yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali, tarian kuda kepang lahir kerana ingin meniru gerak langkah bala tenteranya. Seperti peristiwa peperangan yang dilalui Rasulullah SAW dan para sahabat disampaikan dalam bentuk tarian. Ada pula berpendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo atau Wali Sembilan yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa,Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana.

Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Penyampaian syariah Islam akan dilakukan sebelum atau selepas persembahan dilakukan. Tarian kuda kepang merupakan salah satu tarian rakyat di Malaysia. Jika di negeri Pantai Timur Semenanjung terkenal dengan tarian Mak Yong, tarian Joget dan tarian Kuda Kepang pula mendapat tempat di hati rakyat Johor. Tarian Kuda Kepang mempunyai beberapa ciri yang unik dan berbeza daripada tarian yang terdapat di Malaysia. Antaranya ialah, Kuda kepang tersebut diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik dan berbentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Kuda kepang juga biasanya berwarna hitam dengan bulu tengkuk berwarna kuning.

Perbezaan antara kuda kepang betina dan jantan juga dapat dilihat daripada bentuk ukiran dan corak warna yang terdapat pada kuda kepang tersebut, menurut Wak Naim “biasanya kuda kepang jantan akan berwarna hitam dan hujung belakangnya lurus kebawah, manakala kuda kepang betina pula akan melengkuk dibelakang sebelum kebawah.”. Dalam sebuah persembahan, tarian Kuda Kepang memerlukan 25 orang iaitu seorang sebagai ketua (danyang) iaitu penjaga atau gembala kuda kepang yang menggunakan cemeti untuk mengawal gerak tari serta tingkah laku penunggang kudanya, 9 hingga 10 orang sebagai penari, dua orang sebagai ‘bomoh pemulih’ dan selebihnya sebagai penjaga kawasan. Lazimnya, sebuah persatuan mempunyai ahli seramai 40 orang. Kostum yang digunakan para penari adalah unik kerana pakaian penari kuda kepang menggunakan pakaian tradisional Jawa kuno seperti lengkap memakai tengkolok dan memakai kain samping. Dua jenis tengkolok yang digunakan iaitu tanjak jawa dan tanjak Melayu.

Menurut Wak Naim “Kedua-dua tanjak ini dapat dibezakan melalui cara mengikatnya”. Manakala seluar bagi penari dijahit dengan menggunakan batik jawa. Manakala peralatan yang digunakan dalam tarian kudang kepang, yang pertama ialah peralatan yang sangat penting iaitu 9 hingga 10 kuda yang diperbuat daripada kulit lembu dan dibentukkan menyerupai kuda dan diwarnakan merah, putih atau kelabu.

Yang kedua ialah satu unit Pecut yang diperbuat daripada kedua-dua buluh dan tali yang dipintal menjadi satu. Fungsi pecut adalah untuk mengarah dan mengawal permainan, iaitu penari-penari kuda kepang. Yang ketiga ialah serantai tali yang panjang berukuran 100 kaki iaitu 30 meter.

Tali tersebut digunakan untuk membuat pagar bagi mengelakkan penari-penari yang mabuk daripada berkeliaran serta untuk memudahkan bomoh mengawal tarian. Seterusnya, alat muzik adalah komponen yang sangat penting dalam seni tari kuda kepang, kerana muzik yang dimainkan membawa pengaruh besar dalam penghayatan para penari semasa membuat persembahan. Wak Naim menyatakan. “Rentak muzik yang amat unik boleh membuatkan penari Kuda Kepang terlalu asyik sehingga membawa mereka ke suatu alam lain”. Antara alat muzik yang digunakan dalam tarian kuda kepang ialah lima unit Angklung yang digunakan untuk memainkan mode rithme sebagai pelengkap kepada ensembel yang lain. Alat muzik Angklung adalah untuk melaraskan melodi dalam jarak diantara satu sama lain.

Angklung yang berbentuk segi empat yang diperbuat daripada buluh dan rotan. Tradisi kesenian muzik angklung yang berkembang di Malaysia dipercayai berasal dari Tanah Jawa, Indonesia. Sebuah gendang yang merupakan sejenis alat muzik yang mempunyai bingkai kayu dan tertutup dengan belululang pada kedua permukaan. Kedua-dua permukaan ditutup dengan kulit lembu atau kulit kambing Gendang berbentuk bujur dan panjangnya berukuran tiga kaki dengan saiz kedua-dua permukaan yang berbeza. Gendang tersebut biasanya dimainkan secara duduk, dengan gedombak diletakkan di atas sila.

Alat ini digunakan untuk persembahan kuda kepang Gendang adalah alat penting di dalam memimpin rentak bunyian baik rendah ataupun tinggi. Beberapa unit gong iaitu sebagai pengiring muzik. Gong dibuat daripada perunggu berbentuk bulat, tepinya melengkong ke bawah, berongga di dalam dan cembul di tengah-tengah bahagian permukaannya. Gong berperanan penting sebagai bunyi tulang belakang dalam sesuatu persembahan dan alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional. Alat ini terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Alat ini berkualiti tinggi kerana cara pembuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Keunikan tarian kuda kepang amat terserlah dengan misteri yang terdapat dalam tarian ini, terdapat pelbagai perbezaan yang dilakukan melalui kaedah-kaedah, dan pantang larang dalam tarian ini, yang membezakannya ialah apa yang dipelajari daripada guru-guru yang terlibat.

Walaupun berbeza, namun umumnya ia hampir sama, iaitu melibatkan sajian, pemujaan, tarian, iringan alat muzik dan patung-patung kuda kepang yang digunakan ketika menari. Terdapat beberapa bahagian dalam misteri kuda kepang ini, iaitu persembahan, pantang larang dan sajian iaitu pengeras. Persembahan merupakan peringkat pertama dalam tarian kuda kepang, menurut Wak Naim “persembahan akan berlangsung secara maraton iaitu berlarutan sehingga beberapa jam dan pernah juga berlaku persembahan yang bertahan hanya beberapa minit apabila penunggang kuda berkelakuan liar dan pertunjukan terpaksa dihentikan dengan serta-merta”.

Dalam konteks ini, Tok Bomoh atau pawang akan memainkan peranan yang penting untuk memulakan sesebuah persembahan atau membuka gelanggang. Kebiasaannya persembahan akan dilakukan di tempat yang terbuka atau di atas pentas yang besar yang berukuran 40 dengan 60 meter. Sajian atau sajen dalam bahasa Jawa seperti telur mentah,bunga,rumput dan air adalah sajian mudah yang digunakan pada masa sekarang berbanding dengan masa dahulu seperti kain putih,benang,jarum,bunga kenanga,kelapa muda,pisang emas,bedah,minyak wangi,dan duit, yang akan digunakan oleh Tok Bomoh dengan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberi tenaga kepada kuda-kuda.

Tok Bomoh akan menjemput roh kuda untuk datang bersama menjayakan tarian yang akan dipersembahkan. Di bawah ini merupakan sebahagian mentera membuka gelanggang dalam bahasa jawa. Wak Naim menyatakan “jika upacara membuka gelanggang gagal dilakukan mungkin sesuatu yang tidak diingini akan menimpa para pemain dan juga penontonnya.” Seterusnya, Gong dipukul tiga kali diikuti oleh alunan muzik lain menandakan isyarat bahawa persembahan sedia untuk bermula. Seorang danyang atau penjaga masuk ke gelanggang untuk menentukan rentak tarian,setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing.

Semasa muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh danyang itu masuk ke gelanggang. Pada mulanya,rentak muzik agak perlahan dan membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda mengikut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu yang dimainkan. Ketika muzik menjadi semakin pantas, para penari akan menari dengan lebih pantas. Satu perkara yang menarik di dalam tarian ini ialah kerana terdapat beberapa orang penari akan naik syeikh atau mabuk setelah persembahan rasmi tamat. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya.

Penari yang naik syeikh akan terpisah daripada kumpulannya. Mata mereka yang berada dalam keadaan ini berkilauan, tidak boleh bercakap, manakala pergerakan dan kelakuan mereka menyerupai kuda.Hakikatnya, situasi seseorang penari itu bergantung kepada kekuatan roh juga niat atau azam diri. Mereka yang ‘naik syeikh’ ini boleh melakukan gerak geri yang luar biasa dan pasti tidak dapat dilakukan dalam keadaan normal contohnya melompat setinggi enam atau tujuh kaki, meniti diatas sebatang buluh atau kayu licin ataupun seutas tali, mengupas kelapa dengan gigi, dan menjilat parang yang panas. Tidak semua penari berada dalam keadaan lupa atau naik syeikh.

Mereka yang tetap dalam keadaan normal akan memberhentikan tariannya lalu duduk berehat di tepi gelanggang, atau membantu bomoh menjaga penari lain yang berada dalam keadaan lupa daripada merempuh keluar gelanggang atau melakukan aksi yang boleh memudaratkan orang lain atau diri sendiri.Penari yang sedang naik syeikh mesti dipegang kuat oleh beberapa orang pengawal bergantung kepada kekuatan penari yang terus-menerus bergerak menurut alunan muzik yang dimainkan. Semasa penari-penari sedang naik syeikh, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Menurut Wak Naim “Jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.” Mereka akan menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik.

Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Apabila gerak langkah penari-penari itu semakin liar dan tidak dapat dikawal, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka, Tok Bomoh akan membaca mentera ke ubun-ubun atau telinga mereka setelah mereka ditangkap dan direbahkan oleh pegawal-pegawal yang cekap.Setelah itu mereka akan pulih dalam keadaan letih lesu. Menurut Wak Naim juga “adalah dipercayai bahawa selain dari hiburan, tarian kuda kepang juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit ganjil seperti dirasuk hantu,diresapi roh orang mati dan sebagainya.” Dibawah merupakan mentera yang dibaca oleh Tok Bomoh untuk memulihkan para penari. Maksud mentera tersebut ialah, meminta jin-jin yang meresap dalam darah, tulang dan kulit para penari untuk keluar, dan membolehkan para penari dalam keadaan biasa. Apabila dilihat setiap perkataan dalam mentera tersebut,dapat menimbulkan kecelaruan untuk ditafsirkan oleh para pendengar dan apabila mereka menuturkannya sendiri, kerana seseorang itu menyebut nama “ Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihi” selum memanggil jin-jin.

Perkara ini lebih tidak menentu apabila ungkapan mentera tersebut diakhiri dengan kahlimah syahadah, seperti yang terdapat didalam contoh diatas. Hal ini dianggap sebagai istihza atau persenda. Pantang larang yang diwujudkan bertujuan untuk memastikan nilai keunikan yang terdapat dalam tarian kuda kepang dapat dikekalkan. Pantang larang yang pertama ialah pantang larang sebelum memulakan tarian kuda kepang. Terdapat kepercayaan yang menyatakan, kuda kepang dipengaruhi oleh roh atau sejenis kuasa ghaib yang memerlukan upacara khas sebelum bermain bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini meninpa para pemain mahupun para penontonnya.

Upacara ini dimulakan dengan pemujaan roh oleh bomoh dengan menyediakan sajian untuk penunggu, bomoh akan menjampi untuk memulakan istiadat pembukaan gelanggang. Seterusnya, pantang larang kepada penari tarian kuda kepang. Kain berwarna merah merupakan salah satu pantang larang kepada para penari dan pantang larang ini ialah semula jadi yang utama. Menurut Wak Naim “Pemain kuda kepang turut tidak dibenarkan terlihat mahupun melihat kaca atau pun sepihan kaca”. Hal ini demikian kerana pemain kuda kepang yang telah ‘naik syeikh’ atau mabuk mereka mampu melakukan perbuatan atau gerakkan yang luar biasa dan sekiranya mereka terlihat kacau atau sepihan kaca ditakuti mereka akan memakan kaca atau sepihan kaca tersebut. Selain itu,para penari juga tidak boleh diacah semasa dalam persembahan atau ketika mereka ‘naik syeikh’ atau pun tidak kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal. Muzik memainkan peranan yang penting dalam tarian kuda kepang Pemain alat muzik dalam tarian kuda kepang juga mempunyai pantang larang tersendiri.

Para pemain alat muzik perlu memainkan muzik mengikut keadaan penari kuda kepang kerana dikhuatiri pemain kuda kepang akan berang terhadap pemain muzik. Contohnya semasa para penari kuda kepang sedang ‘naik syeikh’ atau mabuk, para pemain muzik hendaklah merancakkan alunan muzik mengikut rentak penari kerana, dikuatiri penari kuda kepang akan naik berang dan akan menendang atau menerkam pemain muzik.

Permainan kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia. Ia turut dibawa oleh penghijrah- penghijrah ke Tanah Melayu ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramai Bilangan pemain Permainan kuda kepang memerlukan sekurang-kurang 25 orang seperti berikut: 9 orang penari 5 orang pemain muzik 2 orang yang bertindak sebagai ' Bomoh Pemulih' 9 - 15 orang penjaga kawasan. Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan, jumlah ahlinya adalah sebanyak 40 orang.

Tarian Kuda Kepang Malaysia

Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil 'Danyang'. Pemain-pemain biasanya berpakaian seragam. Angklung yang berbentuk empat segi diperbuat daripada buluh dan rotan dan dimainkan dengan cara menggoyangkan dan menggoncangkan buluh tersebut. Gabungan bunyi nyaring daripada buluh yang kecil serta bunyi bergema daripada buluh yang besar menghasilkan bunyi yang indah dan menarik. Gendang diperbuat daripada kayu leban dan kulit lembu, sedangkan pengikatnya diperbuat daripada rotan. Gendang ini yang dipalu mengikut irama yang tertentu ber diameter lebih kurang tiga kaki.

Invisible inc. We make your magic happen! Invisible Inc. Search for a new concept that can be realized within the boundary conditions of technology, budget, message. May 12, 2015 Watch video By Dan Stapleton. Even though every mission boils down to basically the same “get in, get your objective, and get out” routine, Invisible Inc. What Works And Why: Invisible Inc. In Invisible Inc, there are a few different failure spectrums that you could break down something like this: Equipment. Invisible inc free download.

Gong menyedapkan lagi bunyi muzik pengiring. Pecut diperbuat daripada kedua-dua buluh dan tali yang dipintal menjadi satu.

Fungsi pecut adalah untuk mengarah dan mengawal permainan, iaitu penari-penari kuda kepang. Selain itu, perkakas yang penting ialah kuda yang diperbuat daripada kulit lembu dan dibentukkan menyerupai kuda dan diwarnakan merah,putih, atau kelabu.

Kuda kepang

Tali digunakan untuk membuat pagar bagi mengelakkan penari-penari yang mabuk daripada berkeliaran serta untuk memudahkan bomoh mengawal tarian. Cara permainan Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas yang besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar dan membaca untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan mentah, dan untuk persembahan. Dikawali oleh seorang 'danyang' yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing.

Usul

Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh 'danyang' itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu. Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju.

Asal Usul Kuda Kepang

Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya.

Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang. Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil 'naik syeh'. Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.

Pantang Kumpulan pemain kuda kepang diperlukan menyerahkan kepada Tok Bomoh untuk persembahan. Pengeras ini terdiri daripada kemenyan, air mentah, nasi campur dengan lauk dan, serta beberapa jenis.

Selain itu, kumpulan pemain juga dikehendaki menyerahkan wang sebanyak RM2.25 kepada tuan rumah atau penganjur untuk Tok Bomoh persembahan. Kumpulan pemain mengenakan bayaran yang tidak kurang dari RM200 untuk setiap persembahan. Sebagai pantang larangan dalam permainan kuda kepang, pemain-pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal. Pemain-pemain juga tidak boleh melihat kain merah kerana ini merupakan pantang larangan semulajadi. Selain itu, pemain-pemain juga tidak boleh terlihat kerana takut bahawa mereka akan makan kaca itu.

This entry was posted on 07.10.2019.